Pembangunan Aplikasi Ipad Untuk Pendidikan Kanak-Kanak

Miswan, Maszuraini and Adenan, Hamedi and Saad, Norhazalen (2014) Pembangunan Aplikasi Ipad Untuk Pendidikan Kanak-Kanak. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (261kB) | Preview

Abstract

Kajian ini menunjukkan bagaimana aplikasi iPad yang diberi nama LiLIN telah direka dan dibangunkan dengan pendekatan Analisis, Reka bentuk, Pembangunan, Implementasi dan Penilaian (ADDIE), menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6 dan Kwiksher berpaksikan kepada model TPACK. Kajian ini memberi fokus kepada tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa pembangunan aplikasi. Fasa analisis melibatkan kaedah tinjauan kajian lepas dan kajian kes, fasa reka bentuk melibatkan penyusunan bahan-bahan pembelajaran berpandukan kepada model pedagogi perantisan kognitif dan penyediaan bahan grafik, dan fasa pembangunan melibatkan kaedah membina aplikasi menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Kwiksher berpandukan papan cerita yang dibina. Kajian ini telah menghasilkan prototaip aplikasi LiLIN, iaitu satu aplikasi pendidikan literasi awal untuk kanak-kanak yang menggabungkan pengetahuan teknologi, pedagogi dan bahan pendidikan dengan kombinasi yang dinamik. Kandungan pengajarannya diambil daripada Modul literasi Bahasa Malaysia program LINUS dengan pendekatan pedagogi perantisan kognitif. LiLIN dipersembahkan dalam bentuk aplikasi iPad dengan ciri-ciri interaktif pelbagai sentuh, integrasi muzik latar, audio sebutan huruf dan suku kata, serta latihan ejaan secara interaktif. Cerita kanak-kanak digunakan sebagai latar belakang pembelajaran. Penggunaan perisian secara berpasangan juga direka bentuk bagi menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Feb 2018 07:24
Last Modified: 12 Feb 2018 08:07
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38789

Actions (login required)

View Item View Item
Share