Visual Foto Penderaan Kanak-Kanak: Mendidik Dan Memberi Kesedaran Terhadap Masyarakat Di Malaysia

Merican, Noor Zulaika Zulkhifli (2014) Visual Foto Penderaan Kanak-Kanak: Mendidik Dan Memberi Kesedaran Terhadap Masyarakat Di Malaysia. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (256kB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah mengenai peranan komunikasi visual di dalam visual foto penderaan kanak-kanak.Elemen visual foto berfungsi sebagai satu alat yang membuktikan isu penderaan kanak-kanak itu berlaku.Ianya juga sebagai salah satu instrumen dalam mendidik dan memberi kesedaran terhadap masyarakat di Malaysia.Penyelidikan ini menggunakan pendekatan secara kualitatif dan kuantitatif.Model Kari Killen digunakan bagi menerangkan hubungan di antara dunia kanak-kanak dan dunia kanak-kanak luar yang berkait rapat dengan isu penderaan kanak-kanak tersebut.Teori komunikasi visual dan pendidikan seni visual turut digunakan terhadap penderaan kanak-kanak serta keberkesanannya dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.Bagi kajian ini, pemilihan terhadap 50 keping visual foto penderaan kanak-kanak yang bersesuaian, dipilih bagi menyampaikan mesej yang positif kepada masyarakat.Sesi temubual dan soal-selidik dilakukan pada sampel kajian iaitu 10 orang kanak-kanak yang didera, ibubapa dan doktor yang terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak.Kajian di lapangan dilakukan iaitu di 6 buah daerah di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Hasil dapatan kajian akan dijadikan bahan rujukan kepada pihak-pihak tertentu, sebagai satu medium fotografi yang diyakini dan medium pemujukan dalam mendidik masyarakat. Hasil kajian juga diharapkan, melalui visual-visual foto yang dipaparkan berhubung penderitaan kes kanak-kanak yang didera dapat mendidik serta memberi kesan mendalam terhadap emosi khususnya ibubapa dalam mendidik anak-anak

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Feb 2018 07:16
Last Modified: 12 Feb 2018 07:54
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38786

Actions (login required)

View Item View Item
Share