Budaya Bandar Dan Konsumerism Melalui Pendekatan Karya Seni

Saat, Mohammad Khizal and Shaari, Shahrul Anuar (2014) Budaya Bandar Dan Konsumerism Melalui Pendekatan Karya Seni. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (215kB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah untuk menjelaskan bagaimana gaya hidup budaya masyarakat bandar menerusi eksplorasi penggunaan imej, teks dan bahan berdasarkan prinsip konsumerisme melalui penghasilan karya seni. Bagi memahami budaya hidup atau gaya hidup adalah penting dengan memahami kelakuan sesuatu golongan tersebut. Gaya hidup masyarakat bandar adalah dipengaruhi oleh budaya sosial institusi yang ditegakkan disekitarnya. Ini boleh dikenalpasti melalui budaya materialisme dan konsumerisme pengguna yang dilihat berperanan dalam pembentukan gaya hidup sesebuah masyarakat di bandar. Tambahan pula segala kegiatan di dalam bandar ini samada dari dan aspek masyarakat, prasarana atau infrastruktur yang merangkumi aspek perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan saling berkait serta dianggap sebagai nadi pertumbuhan sesebuah bandar. Situasi ini memberi impak ke atas budaya konsumerisme masyarakat bandar dan seterusnya melahirkan nilai dan kepercayaan yang tersendiri. Persekitaran bandar secara langsung boleh memberi impak terhadap gaya fikir dan tingkah laku masyarakat di dalamnya. Melalui pendekatan kajian yang bersifat diskriptif pemahaman terhadap penghasilan karya yang menggunakan pendekatan materialisme dan konsumerisme dirujuk bagi menjelaskan konteks kajian yang dijalankan. Dengan berpandukan kepada beberapa karya seni yang berkaitan, kajian ini akan memberi penjelasan lebih lanjut untuk memahami bagaimana penghasilan sesuatu karya seni dan hubungannya dengan persekitaran semasa

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Feb 2018 07:01
Last Modified: 12 Feb 2018 08:11
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38784

Actions (login required)

View Item View Item
Share