Reka Bentuk Rumah Tradisional Negeri Sembilan Dipengaruhi Oleh Adat Dan Kedaerahan

Ismail, Noor Hayati and Yunus, Shahrul Kamil and Surat, Mastor (2014) Reka Bentuk Rumah Tradisional Negeri Sembilan Dipengaruhi Oleh Adat Dan Kedaerahan. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (285kB) | Preview

Abstract

Keunikan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan masyarakat Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Reka bentuknya mewakili pelbagai maksud tersendiri yang sering dikaitkan dengan identiti Adat Perpatih dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah sistem adat bernasabkan ibu atau sistem kekerabatan matrilineal yang mempunyai hubungan rapat dengan reka bentuk seperti orientasi, susun atur ruang, komponen lantai, dinding, struktur tiang, dan ragam hias dalaman rumah tradisional Negeri Sembilan. Selain itu, reka bentuk bumbung panjang yang lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit telah menjadi identiti seni bina di Negeri Sembilan yang tersendiri. Adat pepatih dan faktor kedaerahan telah mempengaruhi reka bentuk rumah tradisional ini. Namun keaslian konsep dan falsafah reka bentuk seni bina rumah ini telah disalah- erti kan dengan mengatakan ia menyamai reka bentuk rumah adat di Minangkabau. Kajian ini di jalankan bagi bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisa jenis-jenis rumah yang terdapat di Negeri Sembilan. Lokasi kajian melibatkan beberapa buah kampung iaitu rumah-rumah tradisional di Padang, Bukit Tinggi, Kampar Kiri, Indonesia dan Rembau, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan. Pengumpulan data telah diperolehi menerusi proses pemerhatian, temu bual, dan pengambilan foto-foto yang berkaitan. Sehubungan dengan ini, identiti dan keunikan rumah tradisional Negeri Sembilan yang semakin sukar dikekalkan serta kurangnya penjelasan dapat difahami oleh masyarakat generasi masa kini

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > NA7100-7884 Domestic architecture. Houses. Dwellings
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Feb 2018 06:57
Last Modified: 12 Feb 2018 08:12
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38782

Actions (login required)

View Item View Item
Share