Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

Abu Hassan, Normala and Abd. Hamid, Mohd Azhar (2015) Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 614-622. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (442kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini akan membincangkan fenomena transformasi perspektif bekas penagih dadah dalam konteks pengalaman sebagai seorang bekas penagih dadah. Dadah merupakan musuh nombor satu di Malaysia. Dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak pernah bertolenrasi dengan masalah penagihan dadah. Saban tahun bilangan penagih dadah yang mengambil dadah semakin meningkat. Pada tahun 2013 terdapat peningkatan sebanyak 24% terhadap kes penagihan dadah. Berdasarkan kepada statistik penagih dadah Malaysia pada tahun 2013 sebanyak 13,481 kes baru dikesan dan 7,406 kes merupakan kes penagih berulang. Berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu para pengkaji lebih memberi penekanan terhadap punca, faktor dan cara menangani masalah penagihan dadah. Dengan kata lain, kajian terhadap transformasi perspektif bekas penagih dadah di Malaysia kurang diberi perhatian berbanding di negara Barat. Kertas kerja ini ini akan membincangkan perihal proses pembelajaran yang berlaku dalam usaha bekas penagih dadah kembali kepada kehidupan normal. Salah satu elemen pembelajaran yang berlaku dalam sistem kognitif orang dewasa (dalam konteks ini bekas penagih dadah) adalah refleksi kritikal. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengenalpasti peranan refleksi kritikal dalam membantu proses transformasi perspektif bekas penagih dadah. Refleksi kritikal merupakan elemen penting dalam pembelajaran transformatif yang mana bekas penagih dadah berusaha mencari jalan penyelesaian pada ketagihan dadah dengan melakukan refleksi kritikal terhadap pengalaman lampau mereka. Mereka akan merenung, berfikir semula, menyemak dan memeriksa pengalaman sebagai seorang penagih dadah.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 24 Nov 2017 07:35
Last Modified: 24 Nov 2017 07:35
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37643

Actions (login required)

View Item View Item
Share