Pengaruh Personaliti Perfeksionisme terhadap Daya Tindak Diadik dalam Perkahwinan: Suatu Kertas Konseptual

Abdul Razak, Siti Nurraihan Firdaus and Mohd Hoesni, Suzana and Ismail, Rozmi and Zakaria, Ezarina (2015) Pengaruh Personaliti Perfeksionisme terhadap Daya Tindak Diadik dalam Perkahwinan: Suatu Kertas Konseptual. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 606-613. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (326kB) | Preview

Abstract

Isu perceraian dan keruntuhan institusi perkahwinan merupakan suatu isu global yang sering mendapat perhatian pelbagai pihak. Oleh kerana keluarga yang berkualiti adalah pemangkin kepada kemajuan sesebuah masyarakat, penekanan perlu diberikan kepada aspek daya tindak dalam kalangan suami isteri sewaktu menangani tekanan yang timbul. Hasil penelitian mendapati kajian berkenaan daya tindak diadik dalam perkahwinan semakin mendapat perhatian pengkaji. Banyak kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor personaliti memainkan peranan dalam menentukan tindakan yang diambil oleh seseorang individu. Akan tetapi, penyelidikan terdahulu lebih memberi penekanan kepada teori personaliti lima tret besar berbanding tret personaliti yang lain seperti personaliti perfeksionisme. Dapatan kajian terdahulu membuktikan wujudnya perkaitan antara personaliti perfeksionisme dengan pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari segi kesihatan mental dan kualiti perkahwinan. Namun, sejauhmana pengaruh personaliti perfeksionisme terhadap daya tindak diadik dalam perkahwinan masih menjadi persoalan. Oleh yang demikian, kertas konseptual ini akan membincangkan potensi personaliti perfeksionisme dalam mempengaruhi daya tindak diadik berdasarkan hasil kajian terdahulu. Seterusnya, implikasi dan kepentingan kajian turut dibincangkan dalam usaha untuk menggalakkan pasangan suami isteri mengambil daya tindak yang lebih efektif sekaligus mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 24 Nov 2017 07:31
Last Modified: 24 Nov 2017 07:31
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37642

Actions (login required)

View Item View Item
Share