Asmah, Collins, Dan Dialek Melayu: Pentafsiran Mengenai Gagasan Dan Implikasinya Terhadap Grafisejarah Linguistik Melayu

Hasrah, Mohd Tarmizi (2015) Asmah, Collins, Dan Dialek Melayu: Pentafsiran Mengenai Gagasan Dan Implikasinya Terhadap Grafisejarah Linguistik Melayu. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 458-473. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (490Kb) | Preview

    Abstract

    Makalah ini menganalisis gagasan atau idea tentang dialek dan dialektologi Melayu yang dikemukakan oleh dua orang bahasawan bahasa Melayu tersohor iaitu Asmah Hj. Omar dan James T. Collins. Berpedoman kepada pendekatan ‘Kesinambungan’ dan ‘iklim idea’ dalam grafisejarah linguistik, gagasan tentang dialek dan dialektologi Melayu oleh Asmah dan Collins dianalisis secara perbandingan. Analisis ini bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri istimewanya. Pada masa yang sama, makalah ini turut menelusuri sumber yang memberi ilham kepada Asmah dan Collins dalam membentuk gagasan dialek dan dialektologi mereka. Isu yang dibincangkan ini bukan sahaja berlegar-legar seputar persoalan dialek dan dialektologi Melayu, malah turut mengandungi implikasi tidak langsung kepada beberapa persoalan dalam grafisejarah linguistik Melayu secara umumnya.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
    Date Deposited: 24 Nov 2017 09:07
    Last Modified: 24 Nov 2017 09:07
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37626

    Actions (login required)

    View Item
    Share