Dasar Gaji Minimum: Implikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

Shafiee, Noor Syakilah (2015) Dasar Gaji Minimum: Implikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 236-249. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (448kB) | Preview

Abstract

Dalam era globalisasi dan menuju status negara maju, dasar gaji minimum menjadi isu hangat dibincangkan pada masa kini. Hal ini kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang baru melaksanakan dasar gaji minimum. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa jurnal terdahulu yang banyak membincangkan berhubungan dengan perkara ini. Tujuan kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana dasar gaji minimum memberi implikasi terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa kini. Untuk mengukur gaji minimum ini, kajian ini menggunakan data sekunder dan terdapat beberapa kriteria penetapan yang digunakan untuk mengukuh kajian ini dengan menggunakan beberapa indikator seperti indeks harga pengguna dengan menggunakan pendekatan inflasi,kadar penyertaan guna tenaga buruh dan kadar pengangguran dari tahun 1990 sehingga tahun 2012. Kajian ini dilanjutkan dengan menggunakan pendekatan regresi dengan kaedah Ordinary Least Square (OLS). Hasil keputusan mendapati bahawa indikator indeks harga pengguna,kadar penyertaan guna tenaga buruh dan kadar pengangguran merupakan kayu pengukur dalam mengukur keberkesanan dasar gaji minimum dan hasil analisis diperolehi bahawa indikator indeks harga pengguna dan kadar penyertaan guna tenaga buruh memberi impak positif dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun terdapat sedikit kesan negatif dalam kadar pengangguran. Secara amnya,dasar gaji minimum memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia walaupun terdapat sedikit kesan pengurangan dasar ini.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 23 Nov 2017 01:05
Last Modified: 23 Nov 2017 01:05
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37602

Actions (login required)

View Item View Item
Share