Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

Sidik, Norhidayu and Ismail, Roslina (2015) Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 182-190. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (315Kb) | Preview

    Abstract

    Kertas kerja ini membincangkan tentang kelemahan pengurusan biodiversiti hutan di Tasik Kenyir oleh pihak kerajaan. Ia menggunakan pendekatan kualitatif melalui data primer berasaskan temubual dengan informan dari agensi kerajaan serta data sekunder menggunakan kajian perpustakaan. Data temubual di analisis secara manual serta menggunakan teori federalism. Hasil kajian ini mendapati wujudnya tujuh (7) kelemahan pengurusan biodiversiti hutan. Ia meliputi kemerosotan biodiversiti hutan di Tasik Kenyir, ketidakselarasan pentadbiran agensi, pengurusan keselamatan yang longgar, peraturan dan kawalan pencemaran yang masih belum dikuatkuasa, pembangunan fizikal tidak seimbang, peminggiran komuniti setempat dalam potensi pelancongan dan kesan pengurusan diversiti global. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pengurusan biodiversiti belum mencapai tahap yang lebih mampan. Oleh itu semua pihak berkepentingan harus tampil memberi kerjasama dengan pihak kerajaan bagi menangani isu ini kerana peranan memulihara biodiversiti bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata. Sekiranya semua pihak terlibat memainkan peranan masing-masing segala kelemahan mampu diatasi dengan mudah dan berkesan di samping itu masa depan biodiversiti juga akan lebih terjamin.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
    Date Deposited: 21 Nov 2017 15:36
    Last Modified: 21 Nov 2017 15:36
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37584

    Actions (login required)

    View Item
    Share