Sejarah Komuniti Buruh Estet Cina Di Borneo Utara 1881-1942

Miga, Marianne (2015) Sejarah Komuniti Buruh Estet Cina Di Borneo Utara 1881-1942. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 125-133. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (450kB) | Preview

Abstract

Penulisan awal mengenai komuniti Cina di Borneo Utara semasa pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (1881-1942) lebih menumpukan kepada persoalan klise seperti migrasi komuniti Cina ke Borneo Utara, kawasan penempatan awal komuniti Cina di Borneo Utara, dan sumbangan komuniti Cina ke atas ekonomi di Borneo Utara. Penulisan mengenai suasana kerja buruh-buruh Cina di estet Borneo Utara sering dipinggirkan meskipun terdapat penulisan seperti yang dihasilkan oleh Danny Wong Tze Ken yang mengetengahkan isu buruh-buruh Cina di Borneo Utara. Walau bagaimana pun, isu perburuhan yang diketengahkan lebih menjurus kepada persoalan kehidupan komuniti buruh Cina dari sudut pandangan golongan buruh. Meskipun buruh-buruh Cina yang bekerja di estet tembakau di Borneo Utara bekerja secara kontrak, namun terdapat laporan yang menyatakan berlaku penindasan ke atas mereka yang didalangi oleh pihak majikan. Penulisan ini unik kerana menyediakan dimensi lain dalam sejarah komuniti buruh Cina di estet tembakau Borneo Utara iaitu memberi penjelasan akan suasana kerja dan layanan majikan terhadap buruh Cina di estet tembakau dari sudut pandangan pihak majikan mahupun pemodal dan dari sudut pandangan komuniti buruh. Begitu pun, diharapkan agar penulisan ini akan menggalakkan penyelidikan lanjut berkenaan sejarah Sabah di masa hadapan.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 21 Nov 2017 07:05
Last Modified: 21 Nov 2017 07:05
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37578

Actions (login required)

View Item View Item
Share