Teori Kriminologi Labeling dan Evolusi Penjenamaan Semula ‘Mat Rempit’ Di Malaysia

Hussin, Zalmizy (2015) Teori Kriminologi Labeling dan Evolusi Penjenamaan Semula ‘Mat Rempit’ Di Malaysia. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 59-63. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (658kB) | Preview

Abstract

Menunggang motosikal merupakan aktiviti rekreasi bagi sesetengah individu di masa lapang. Namun, kini aktiviti menunggang motosikal telah menjadi suatu sub-budaya devian bagi sesetengah yang lain. Di Malaysia, kita sering mendengar penglibatan penunggang motosikal dalam perlumbaan haram. Seringkali penunggang motosikal yang berlumba haram dikenal pasti terdiri daripada golongan remaja yang mencari adventure dan adalah risk takers. Sehubungan itu, sesetengah remaja di Malaysia cenderung dilihat sebagai golongan yang sering dikaitkan atau terlibat dalam fenomena sosial yang menjurus kepada reaksi negatif masyarakat terhadap mereka. Satu fenomena perlumbaan motosikal haram ini terkenal di Malaysia dengan panggilan ’Mat Rempit’. Terma ‘Mat Rempit’ di Malaysia bermaksud individu yang menyertai perlumbaan haram menggunakan motosikal berkuasa kecil seperti kapcai atau skuter yang di ubah suai tanpa kelulusan dari pihak berkuasa (Rozmi Ismail, 2004/2005). Beberapa dekad yang lepas mereka yang terlibat dalam perlumbaan yang laju, tanpa mengikut adab jalan raya dan dipanggil pelumba haram. Mereka ini tidak menganggu orang awam. Selepas beberapa tahun, fenomena lumba haram ini melalui evolusi nama dan kegiatan mereka. Nama ‘Mat Rempit’ mula diperkenalkan dan sudah pasti nama ini sinonim dengan aksi ganas mereka ketika beraksi di jalan raya. Masyarakat kita memang terkenal dengan label-melabel. Jika diimbas kembali pada masa dulu heboh

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 21 Nov 2017 01:17
Last Modified: 21 Nov 2017 01:17
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37562

Actions (login required)

View Item View Item
Share