Peranan Badan Bukan Kerajaan berkaitan Homoseksual dari Perspektif Kumpulan Sasaran

Ahmad Fuzi, Mohd Fairus (2015) Peranan Badan Bukan Kerajaan berkaitan Homoseksual dari Perspektif Kumpulan Sasaran. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 41-51. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (219Kb) | Preview

    Abstract

    Badan bukan kerajaan diwujudkan dengan tujuan dan gerak kerja yang difokuskan berdasarkan matlamat penubuhannya. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan yang dijalankan oleh PT Foundation terhadap kumpulan sasarannya iaitu golongan homoseksual. Subjek penelitian kajian ini adalah kumpulan homoseksual dan peranan badan bukan kerajaan yang berkaitan iaitu PT Foundation. Objektif kajian ini, pertama untuk mengenalpasti peranan PT Foundation dengan melihat kepada program yang dilaksanakan untuk kumpulan homoseksual dan kedua untuk melihat dari perspektif kumpulan sasaran iaitu kumpulan homoseksual terhadap peranan PT Foundation ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan program yang dijalankan oleh pihak PT Foundation terhadap kumpulan sasarannya. Metodologi yang digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini ialah metode penentuan subjek, seterusnya pengumpulan data dan analisis data. Hasil kajian ini, menunjukkan PT Foundation melaksanakan program-program yang dapat membantu kumpulan homosekual ini secara positif serta dilihat dapat membantu kumpulan sasaran yang memerlukan perkhidmatannya dengan keperluan kaunseling dan bimbingan, dan pendidikan dan kesedaran HIV dan AIDS. Perspektif kumpulan homoseksual juga menunjukkan terdapat segelintir yang menolak dengan alasan tidak bersetuju dengan melihat peranan PT Foundation sebagai pihak yang memperjuangkan dan menyokong hak asasi manusia bagi kumpulan homoseksual.

    Item Type: Book Section
    Subjects: H Social Sciences
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
    Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
    Date Deposited: 21 Nov 2017 09:05
    Last Modified: 21 Nov 2017 09:05
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37559

    Actions (login required)

    View Item
    Share