Tameur, Nachef
(2013)
Using fuzzy logic to identify significant factors of negotiation performance.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Terdapat banyak interaksi sosial dan perniagaan yang melibatkan perundingan, di mana peserta boleh bekerjasama untuk mencapai hasil yang saling menguntungkan kedua-dua belah pihak, atau persaingan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik oleh satu pihak berbanding pihak yang lain. Dalam konteks ini, rundingan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua atau lebih pihak untuk menyelesaikan setiap apa yang boleh diberi dan diambil, atau dilaksanakan dan diterima, dalam urus niaga di antara mereka.
Rundingan dianggap sebagai salah satu aktiviti yang paling penting yang dilakukan oleh seorang pengurus setiap hari di dalam membangunkan perniagaan dalam pasaran yang berlainan. Ia dijangka mengambil kira-kira lima puluh peratus daripada masa kerja mereka. Walaupun ia memakan masa dan usaha yang banyak, kadar kegagalan rundingan yang dilaporkan adalah tinggi, yang sering menyebabkan perunding gagal untuk mencapai penyelesaian bersama.
Many social and business interactions involve negotiation, in which participants may cooperate to achieve a mutually beneficial outcome that serves both parties, or compete to get the best deal for a party over the other. Within this context, negotiation can be defined as the process whereby two or more parties attempt to settle what each shall give and take, or perform and receive, in a transaction between them.
Negotiation is considered as one of the most important activities that managers do on a daily basis in developing business in different markets. It is estimated to consume about fifty percent of their working time. Even with such lengthy consumption of time and effort, negotiation failure rate is reported to be high, which often leads negotiators to fail to achieve a mutual settlement.
Actions (login required)
|
View Item |