Mohamed, Mohd. Sapawi
(2002)
Comparison of serum fructosamine and HbA1c as an index of postprandial glycaemic control in diabetic patients.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kawalan paras glukosa dalam darah selepas makan adalah penting untuk mengelakkan
komplikasi mikro dan makrovaskular, mengurangkan rintangan terhadap fungsi insulin,
memulihkan rembesan hormon insulin, dan mengelakkan komplikasi kepada bayi yang
akan dilahirkan oleh wanita yang mengidap penyakit diabetes. Kedua-dua pendekatan
rawatan iaitu; pengurangan paras glukosa semasa berpuasa dan pengurangan paras
glukosa selepas makan adalah berperanan dalam strategi rawatan diabetes. Rawatan yang
memberikan penekanan kepada pengawalan paras glukosa selepas makan dikaitkan
dengan pengawalan paras glukosa secara keseluruhan yang lebih baik. Langkah ini
mengurangkan kejadian komplikasi kronik pada individu yang mengalami masalah
diabetes dan gangguan toleransi glukos. Oleh itu suatu kaedah ukuran yang dapat
mencerminkan paras glukosa selepas makan yangjitu perlu digunakan.
Postprandial glycaemic control is important in avoiding microvascular and macrovascular
complications, lowering insulin resistance, restoring normal insulin secretion, and
avoiding complications in the offsprings of women with diabetes. It is recommended that
the treatment of diabetes include methods that lower both fasting and postprandial
glucose levels. Treatment aimed at controlling postprandial glucose levels is always
associated with better overall glucose control and thus may result in fewer chronic
complications in individuals with diabetes and impaired glucose tolerance. In order to
achieve good postprandial glycemic control, a proper monitoring tool that represents
postprandial glycaemia status should be used.
Actions (login required)
|
View Item |