Jusoh @Shafie, Mohd Sharulnizam
(2008)
Pemodelan ekonometrik terhadap permintaan daging ayam di Amerika Syarikat.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat perhubungan antara permintaan daging
ayam di Amerika Syarikat dengan empat pemboleh ubah tak bersandar iaitu pendapatan,
harga daging ayam, harga daging khinzir, harga daging lembu dan harga gubahan daging
ayam. Menggunakan Kaedah Regresi Berganda dan Langkah Demi Langkah (Stepwise Method) untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang signifikan di dalam model dan seterusnya perbincangan adalah berkisar kepada magnitud pemboleh ubah tersebut. Didapati dengan Kaedah Regresi Berganda kesemua pemboleh ubah tak bersandar adalah signifikan, sebaliknya, hanya pembolehubah pendapatan dan harga daging ayam yang
didapati signifikan apabila dijalankan Kaedah Langkah Demi Langkah. Juga didapati, tiada perubahan dari segi kehadiran pemboleh ubah yang signifikan, sebelum dan selepas dipiawaikan.
The main objective of this dissertation is to study the relationship between chicken meat
demand in US with four independent variables which are income, chicken price, pork
price, beef price and composite chicken price. Using Multiple Regression and Stepwise
Method, the significant variables are identified and the magnitudes of each variable are
discussed. It is found that with Multiple Regression, all the independent variables are
significant whereas, only income and chicken price are identified as significant variables
with Stepwise Method. It is also found that no significance changing in variables after we
standardized the model.
Actions (login required)
|
View Item |