Faktor-faktor sosio-ekonomi yang mempengaruhi corak perbelanjaan isirumah di Semenanjung Malaysia

Lim, Ee Shiang (1999) Faktor-faktor sosio-ekonomi yang mempengaruhi corak perbelanjaan isirumah di Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah memberi satu pemahaman asas akan tingkahlaku isirumah dari segi peruntukan pendapatan di antara jumlah perbelanjaan dan tabungan serta peruntukan jumlah perbelanjaan di antara pelbagai jenis barangan. Kajian ini telah berjaya memperolehi banyak penemuan penting mengenai corak perbelanjaan dan tabungan isirumah di Semenanjung Malaysia. Faktor pendapatan merupakan faktor yang terpenting dalam mempengaruhi corak perbelanjaan dan tabungan isirumah. Ia mempunyai pengaruh postif yang nyata ke atas kesemua jenis perbelanjaan barangan dan tabungan. Peningkatan perbelanjaan berikutan daripada peningkatan pendapatan adalah berbeza dari satu barangan ke barangan yang lain. Selain daripada pendapatan, lokasi kediaman, saiz isirumah dan keturunan etnik juga mempunyai pengaruh yang nyata ke atas perbelanjaan barangan yang berbeza. Tambahan pula, kedua-dua faktor saiz isirumah dan keturunan etnik juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tabungan isirumah. The main objective of this study is to provide a basic understanding of household behaviour, particularly on how households allocate their income between total expenditure and savings as well as how they allocate their total expenditure among various consumption goods. This study has resulted in a number of important findings on the household expenditure and savings patterns in Peninsular Malaysia. Income is the most important determinant of household expenditure and savings patterns. It has a significant positive effect on the expenditure on all commodities and on the savings. The increase in expenditure with respect to an increase in income not only differs from one good to another good, but it also varies from one household group to another. Besides income, place of residence, household size and ethnic group also have significant effects on the expenditure on different commodities. Furthermore, both household size and ethnic group also play an important role in influencing household savings.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 13 Jul 2017 01:04
Last Modified: 05 Aug 2022 03:04
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/35568

Actions (login required)

View Item View Item
Share