Kajian bentuk pendidikan dan pengurusan sistem pondok di Daerah Chana Selatan Thailand (1918-1995)

Dinaa, Dulhalim (2000) Kajian bentuk pendidikan dan pengurusan sistem pondok di Daerah Chana Selatan Thailand (1918-1995). Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1176Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini mempunyai objektif yang dapat dirumuskan kepada dua aspek terpenting yang saling berkait rapat di antara keduanya. Pertama, mengkaji kedatangan Islam dan kesannya kepada institusi pendidikan pondok di daerah Chana wilayah Songkhla Selatan Thailand. Sejauh mana kekuatan bentuk pendidikan dan kepengurusan pondok-pondok tersebut mampu bertahan sehingga kini dalam usahanya untuk menghasilkan kesinambungan tradisi kepemimpinan intelektual Islam. Pembuktian ini dapat dinyatakan bahawa sejak Chana menerima kehadiran Islam pada abad ke-16 M dengan kewuj udan makam Sultan Sulaiman yang memerintah di Songkhla (Singgora) sekitar tahun 1592 M. Proses lslamisasinya melalui Jabatan Chula Rat Mentri (Jabatan Syeikh al-lslam) yang diperjuangkan oleh Syeikh Ahmad Parsi (1620 M) telah dapat mengimarakan secara total masjid sebagai pusat kegiatan ibadah serta dahvah Tslamiyah. Disamping itu melalui dorongan serta bantuan Raja kerajaan Patani yang menggunakan istana mereka sebagai pusat kegiatan pendidikan dan persurman Islam. Dampak ketara dari senario ini dapat menumbuhkan dan memartabatkan institusi pendidikan pondok di seluruh Thailand. The objective of this study can be categorized into two important and interrelated aspects. The first being to study the advent of Islam and its impact on Pondok Education System in the District of Chana, Southern Songkhla, Thailand, and how influential this from of education is and its management's capability in withstanding the winds of change in its effort to maintain the continuity of the tradition of intellectual Islamic leadership. Chana's acceptance of Islam in the sixteenth century is clearly evident in the discovery of a tomb belonging to Sultan Sulaiman who ruled Songkhla (Singgora) in 1592. Chana lslamisation process through its Department of Syeikh al-lslam (Chula Rat Mentri) which was spearheaded by Syeikh Ahmad Parsi ( 1620) was able to accentuate the importance of mosques as a center for Islamic activities as well as a venue for the teaching of Islam. In addition the Patani royal family members assisted in allowing their palaces to used as an education and Islamic information center.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
    Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities)
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 06 Jul 2017 08:48
    Last Modified: 06 Jul 2017 08:48
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/35401

    Actions (login required)

    View Item
    Share