Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran (Special Education Teacher's Level Of Knowledge In Dealing With Learning Disabilities Student)

Ahmad , Noor Aini and Abu Hanifah, Norhafizah (2015) Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran (Special Education Teacher's Level Of Knowledge In Dealing With Learning Disabilities Student). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 30 (1). pp. 1-16. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (226kB) | Preview

Abstract

Kajian tinjauan telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan guru pendidikan khas apabila mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran. Seramai 60 orang peserta kajian dipilih menerusi persampelan rawak mudah dalam kalangan guru pendidikan khas yang mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) peringkat sekolah rendah. Alat kajian merupakan soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan demografi peserta kajian dan tahap pengetahuan guru pendidikan khas apabila mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru apabila mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran adalah tinggi dengan min keseluruhan 4.194. Tahap pengetahuan guru dibahagikan kepada tiga iaitu cara mengurus tingkah laku (min = 4.237), peneguhan positif (min = 4.366) dan peneguhan negatif (min = 3.966). Bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran guru untuk mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran apabila mengajar maka penataran kursus dalam perkhidmatan, pembinaan modul dan mengadakan bengkel berkaitan pengurusan tingkah laku dalam kalangan guru pendidikan khas wajar diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 31 May 2017 01:52
Last Modified: 31 May 2017 01:52
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34767

Actions (login required)

View Item View Item
Share