Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Masteri Terhadap Pencapaian Dan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pengajian Am (The Effectiveness Of Mastery Learning Method On Lower Six Students’ Achievement And Interest In The General Paper)

Madhawa Nair, Subadrah and Devi Gopal, Sakunthala (2014) Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Masteri Terhadap Pencapaian Dan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pengajian Am (The Effectiveness Of Mastery Learning Method On Lower Six Students’ Achievement And Interest In The General Paper). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 29 (1). pp. 1-26. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (322Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesan penggunaan kaedah pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan minat pelajar Tingkatan Enam Rendah dalam mata pelajaran Pengajian Am. Pengkaji menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti sama ada penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Pengajian Am dapat meningkatkan pencapaian dan tahap minat pelajar Kumpulan Eksperimen secara signifikan berbanding pelajar Kumpulan Kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Sampel kajian ini terdiri daripada 73 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah Aliran Sastera dari sebuah sekolah. Instrumen kajian yang digunakan ialah praujian dan pascaujian untuk mengukur pencapaian pelajar, manakala soal selidik minat digunakan untuk meninjau tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Am. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Pengajian Am mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar Kumpulan Eksperimen secara signifikan berbanding pelajar Kumpulan Kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah konvensional.

    Item Type: Article
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 30 May 2017 16:01
    Last Modified: 30 May 2017 16:01
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34747

    Actions (login required)

    View Item
    Share