Madhawa Nair, Subadrah and Devi Gopal, Sakunthala
(2014)
Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran
Masteri Terhadap Pencapaian Dan Minat
Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pengajian Am
(The Effectiveness Of Mastery Learning Method On
Lower Six Students’ Achievement And Interest In
The General Paper).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 29 (1).
pp. 1-26.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesan penggunaan kaedah pembelajaran
masteri terhadap pencapaian dan minat pelajar Tingkatan Enam Rendah dalam mata
pelajaran Pengajian Am. Pengkaji menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Objektif
kajian ialah untuk mengenal pasti sama ada penggunaan kaedah pembelajaran masteri
dalam mata pelajaran Pengajian Am dapat meningkatkan pencapaian dan tahap minat
pelajar Kumpulan Eksperimen secara signifikan berbanding pelajar Kumpulan Kawalan
yang diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Sampel kajian ini terdiri
daripada 73 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah Aliran Sastera dari sebuah sekolah.
Instrumen kajian yang digunakan ialah praujian dan pascaujian untuk mengukur
pencapaian pelajar, manakala soal selidik minat digunakan untuk meninjau tahap minat
pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Am. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Pengajian Am mampu
meningkatkan pencapaian dan minat pelajar Kumpulan Eksperimen secara signifikan
berbanding pelajar Kumpulan Kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah
konvensional.
Actions (login required)
|
View Item |