Modul Penilaian Komprehensif Bagi Pertolongan Cemas Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (Comprehensive Assessment Module For First Aids In Physical Education And Health)

Salimin, Norkhalid and Jani, Julismah and Rahmat, Azali and Mohamad Khalid, Nur Haziyanti and Md Salleh, Omar (2013) Modul Penilaian Komprehensif Bagi Pertolongan Cemas Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (Comprehensive Assessment Module For First Aids In Physical Education And Health). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 28 (1). pp. 1-17. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (96kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana pencapaian pembelajaran pelajar berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif melalui Modul Penilaian Komprehensif (MPK) bagi tajuk pertolongan cemas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Reka bentuk kajian ini berupa kaedah pra eksperimen – reka bentuk kajian sekali gus. Kajian dijalankan di beberapa buah sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama dalam negeri Perak dengan sampel terdiri daripada 15 orang guru dan 443 orang pelajar Tingkatan 2 yang mengikuti kelas PJK. Instrumen MPK pertolongan cemas mengandungi penilaian berupa rubrik pemarkahan bagi domain kognitif (r = .76), domain psikomotor (r = .92) dan domain afektif (r = .77) serta soal selidik tahap persetujuan guru terhadap penggunaan MPK bagi pertolongan cemas (r = .82). Peratus persetujuan guru bagi pertolongan cemas adalah 70.96% (SP = .83). Keputusan kajian menunjukkan pencapaian pembelajaran kognitif murid (M = 6.89, 68.90%) berada pada tahap baik, pencapaian psikomotor semasa sesi pengajaran pada aras ketepatan perlakuan (n = 438, M = 2.68) dan semasa sesi simulasi pada aras ketepatan perlakuan (n = 443, M = 3.43) manakala pencapaian afektif pada aras membina perwatakan (n = 443, M = 4.17). Kajian juga mendapati 90.53% guru bersetuju bahawa penggunaan MPK mampu meningkatkan pencapaian pembelajaran murid, 88.00% bersetuju MPK membantu dalam pengurusan pengajaran guru, 95.94% bersetuju penggunaan MPK mencapai objektif pengajaran, 79.46% bersetuju bahawa MPK menepati ciri modul penilaian dan 58.67% setuju bahawa MPK mudah dilaksanakan. Berdasarkan dapatan, instrumen MPK ini sesuai digunakan sebagai alat ukur yang piawai bagi menilai pencapaian pembelajaran murid dalam tajuk pertolongan cemas bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 30 May 2017 05:10
Last Modified: 30 May 2017 05:10
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34721

Actions (login required)

View Item View Item
Share