Salimin, Norkhalid and Jani, Julismah and Rahmat, Azali and Mohamad Khalid, Nur Haziyanti and Md Salleh, Omar
(2013)
Modul Penilaian Komprehensif Bagi Pertolongan
Cemas Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
(Comprehensive Assessment Module For First Aids In
Physical Education And Health).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 28 (1).
pp. 1-17.
ISSN 2289-9057
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana pencapaian
pembelajaran pelajar berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif melalui Modul
Penilaian Komprehensif (MPK) bagi tajuk pertolongan cemas dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Reka bentuk kajian ini berupa kaedah pra
eksperimen – reka bentuk kajian sekali gus. Kajian dijalankan di beberapa buah sekolah
menengah daerah Larut, Matang dan Selama dalam negeri Perak dengan sampel terdiri
daripada 15 orang guru dan 443 orang pelajar Tingkatan 2 yang mengikuti kelas PJK.
Instrumen MPK pertolongan cemas mengandungi penilaian berupa rubrik pemarkahan
bagi domain kognitif (r = .76), domain psikomotor (r = .92) dan domain afektif (r = .77)
serta soal selidik tahap persetujuan guru terhadap penggunaan MPK bagi pertolongan
cemas (r = .82). Peratus persetujuan guru bagi pertolongan cemas adalah 70.96% (SP =
.83). Keputusan kajian menunjukkan pencapaian pembelajaran kognitif murid (M = 6.89,
68.90%) berada pada tahap baik, pencapaian psikomotor semasa sesi pengajaran pada
aras ketepatan perlakuan (n = 438, M = 2.68) dan semasa sesi simulasi pada aras
ketepatan perlakuan (n = 443, M = 3.43) manakala pencapaian afektif pada aras membina
perwatakan (n = 443, M = 4.17). Kajian juga mendapati 90.53% guru bersetuju bahawa
penggunaan MPK mampu meningkatkan pencapaian pembelajaran murid, 88.00%
bersetuju MPK membantu dalam pengurusan pengajaran guru, 95.94% bersetuju
penggunaan MPK mencapai objektif pengajaran, 79.46% bersetuju bahawa MPK
menepati ciri modul penilaian dan 58.67% setuju bahawa MPK mudah dilaksanakan.
Berdasarkan dapatan, instrumen MPK ini sesuai digunakan sebagai alat ukur yang piawai
bagi menilai pencapaian pembelajaran murid dalam tajuk pertolongan cemas bagi mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Actions (login required)
|
View Item |