Kesan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar Melalui Aktiviti Melukis Mural Untuk Meningkatkan Pengetahuan Dan Kesedaran Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Alam Sekitar (The Effect Of Teaching And Learning Of Environmental Education Through Mural Painting Activity In Enhancing The Knowledge And Awareness Of Secondary School Students Towards The Environment)

Othman, Rohana and Harun, Rosta and Muda, Azizi and Ismail, Ismi Arif (2013) Kesan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar Melalui Aktiviti Melukis Mural Untuk Meningkatkan Pengetahuan Dan Kesedaran Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Alam Sekitar (The Effect Of Teaching And Learning Of Environmental Education Through Mural Painting Activity In Enhancing The Knowledge And Awareness Of Secondary School Students Towards The Environment). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 28 (1). pp. 1-21. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (161kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti penghayatan melukis mural dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar dijalankan di dalam kelas selama 1 jam seminggu sebanyak 4 kali manakala aktiviti melukis mural bertemakan ekosistem marin dijalankan di luar kelas selama sebulan. Reka bentuk kajian ini adalah kuasieksperimental menggunakan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan-kumpulan tidak seimbang dengan pengukuran berulang. Kajian ini melibatkan seramai 128 orang pelajar tingkatan dua daripada dua buah sekolah menengah harian biasa di daerah Gombak, Selangor. Sebuah sekolah telah dipilih sebagai kumpulan kawalan dan sebuah lagi sebagai kumpulan eksperimen yang diwakili oleh seramai 64 orang pelajar bagi setiap sekolah. Responden yang terlibat dalam kajian ini akan diuji dengan empat jenis instrumen iaitu ujian pra, ujian pos 1, ujian pos 2 dan ujian pos 3. Setiap instrumen mengandungi 20 soalan pengetahuan dengan 4 pilihan jawapan dan 18 pernyataan kesedaran yang mengukur sikap dalam bentuk skala 5-Likert. Keputusan kajian mendapati kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan dan kesedaran terhadap alam sekitar tetapi tidak kepada kumpulan kawalan.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 25 May 2017 06:31
Last Modified: 25 May 2017 06:31
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34612

Actions (login required)

View Item View Item
Share