Othman, Rohana and Harun, Rosta and Muda, Azizi and Ismail, Ismi Arif
(2013)
Kesan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan
Alam Sekitar Melalui Aktiviti Melukis Mural
Untuk Meningkatkan Pengetahuan Dan Kesedaran
Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Alam Sekitar
(The Effect Of Teaching And Learning Of
Environmental Education Through Mural Painting
Activity In Enhancing The Knowledge And Awareness
Of Secondary School Students Towards The
Environment).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 28 (1).
pp. 1-21.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti penghayatan melukis mural dalam usaha
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar dijalankan di dalam kelas selama
1 jam seminggu sebanyak 4 kali manakala aktiviti melukis mural bertemakan ekosistem
marin dijalankan di luar kelas selama sebulan. Reka bentuk kajian ini adalah kuasieksperimental menggunakan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan-kumpulan tidak
seimbang dengan pengukuran berulang. Kajian ini melibatkan seramai 128 orang pelajar
tingkatan dua daripada dua buah sekolah menengah harian biasa di daerah Gombak,
Selangor. Sebuah sekolah telah dipilih sebagai kumpulan kawalan dan sebuah lagi
sebagai kumpulan eksperimen yang diwakili oleh seramai 64 orang pelajar bagi setiap
sekolah. Responden yang terlibat dalam kajian ini akan diuji dengan empat jenis
instrumen iaitu ujian pra, ujian pos 1, ujian pos 2 dan ujian pos 3. Setiap instrumen
mengandungi 20 soalan pengetahuan dengan 4 pilihan jawapan dan 18 pernyataan
kesedaran yang mengukur sikap dalam bentuk skala 5-Likert. Keputusan kajian
mendapati kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan dan
kesedaran terhadap alam sekitar tetapi tidak kepada kumpulan kawalan.
Actions (login required)
|
View Item |