Kesan Pendekatan Inkuiri Penemuan Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia (The Effect Of Inquiry Discovery Approach Towards Student Achievement In The Subject Of Chemistry)

Nik Kar, Nik Zarini and Saleh, Salmiza (2012) Kesan Pendekatan Inkuiri Penemuan Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia (The Effect Of Inquiry Discovery Approach Towards Student Achievement In The Subject Of Chemistry). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 27 (1). pp. 1-16. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (136Kb) | Preview

    Abstract

    Tujuan kajian dijalankan ialah untuk mengkaji kesan pengajaran secara pendekatan inkuiri penemuan (PIP) dalam pengajaran dan pembelajaran kimia berbanding pengajaran secara pendekatan konvensional (PK). Kesan pengajaran secara PIP difokuskan kepada pencapaian dan sikap terhadap mata pelajaran dan pembelajaran kimia. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan kuantitatif jenis kuasi eksperimen yang melibatkan 81 murid jurusan kimia. Instrumen yang digunakan adalah Ujian Kefahaman Kimia (UKK) dan Soal Selidik Sikap terhadap mata pelajaran kimia. Seramai 40 murid daripada satu kelas dijadikan kumpulan rawatan yang mengikuti pengajaran kimia secara PIP dan 41 murid daripada satu kelas lagi dijadikan kumpulan kawalan yang mengikuti pengajaran kimia secara PK. Data dianalisis menggunakan program SPSS. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif menggunakan kekerapan dan peratus bagi menghuraikan sampel kajian manakala statistik inferensi menggunakan Ujian-t bagi menguji hipotesis pada aras signifikan p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap markah pencapaian pelajar dalam kimia dan sikap pelajar terhadap pelajaran kimia di antara kedua-dua pendekatan selepas pengajaran dijalankan. Kajian ini menunjukkan bahawa PIP berupaya meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran kimia dan merangsang sikap positif murid terhadap mata pelajaran kimia.

    Item Type: Article
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 25 May 2017 14:23
    Last Modified: 25 May 2017 14:23
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34609

    Actions (login required)

    View Item
    Share