Sulaiman, Faridah and Mohamed, Mohini
(2012)
Kerangka Pengetahuan Guru Cemerlang
Matematik Dan Bagaimana Ia Digunakan Bagi
Memilih Contoh Dalam Pengajaran Matematik
(Framework Of Knowledge Of Excellent
Mathematics Teachers And How It Is Used To Choose
Examples In Mathematics Teaching).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 27 (1).
pp. 1-18.
ISSN 2289-9057
Abstract
Satu kajian sedang dijalankan untuk mengetahui bagaimana contoh Matematik
dipilih, digunakan dan diperbaiki oleh Guru Cemerlang Matematik. Objektif utama kajian
ini ialah untuk membina kerangka pengetahuan dan kemahiran pengajaran Guru
Cemerlang Matematik dalam percontohan. Artikel ini melaporkan sebahagian daripada
hasil analisis awal daripada kajian yang sedang dijalankan, iaitu bagaimana Guru
Cemerlang Matematik memilih contoh untuk digunakan dalam pengajaran. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian pelbagai kes. Data-data
dikumpulkan dengan menggunakan catatan pra aktif dan pos aktif, pemerhatian serta
temu bual. Hasil analisis awal menunjukkan bahawa Guru Cemerlang Matematik yang
dikaji memilih contoh dengan menggunakan pelbagai pengetahuan. Kerangka
pengetahuan ini membolehkan mereka memilih contoh yang bersesuaian dengan pelajarpelajar mereka
Actions (login required)
|
View Item |