Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware) Dengan Peta Konsep Terhadap Pencapaian Pelajar (The Effect Of Using Courseware With Concept Map On Student's Achievement)

Ahmad, Awaatif and Esa, Norizan (2011) Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware) Dengan Peta Konsep Terhadap Pencapaian Pelajar (The Effect Of Using Courseware With Concept Map On Student's Achievement). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 26 (1). pp. 1-18. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (1898Kb) | Preview

    Abstract

    Dalam kajian ini, keberkesanan penggunaan peta konsep dalam perisian kursus telah diselidiki. Perisian ini digunakan dalam pengajaran tajuk "Lambaian Kaabah" bagi mata pelajaran pengetahuan Agama Islam Tingkatan empat. Sampel terdiri daripada 82 orang murid Tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. Terdapat 39 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 43 orang murid dalam kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan perisian kursus yang mengandungi peta konsep. Kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan perisian kursus yang tidak mengandungi peta konsep. Pengajaran telah dilaksanakan bagi lima sesi pengajaran. Ujian ANCOVA digunakan untuk menentukan kesan signifkan ujian pos. Skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada skor min kumpulan kawalan. Ujian-t sampel berpasangan digunakan untuk analisis data bagi soalan kajian kedua. Skor min bagi peta konsep ujian pos lebih tinggi daripada skor min peta konsep ujian pra. Kajian ini mencadangkan bahawa perisian kursus yang mengandungi peta konsep adalah berkesan untuk pengajaran tajuk ini.

    Item Type: Article
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 25 May 2017 13:32
    Last Modified: 25 May 2017 13:46
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34593

    Actions (login required)

    View Item
    Share