Ahmad, Awaatif and Esa, Norizan
(2011)
Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware)
Dengan Peta Konsep Terhadap Pencapaian Pelajar
(The Effect Of Using Courseware With Concept Map
On Student's Achievement).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 26 (1).
pp. 1-18.
ISSN 2289-9057
Abstract
Dalam kajian ini, keberkesanan penggunaan peta konsep dalam perisian kursus
telah diselidiki. Perisian ini digunakan dalam pengajaran tajuk "Lambaian Kaabah" bagi
mata pelajaran pengetahuan Agama Islam Tingkatan empat. Sampel terdiri daripada 82
orang murid Tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. Terdapat 39
orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 43 orang murid dalam kumpulan kawalan.
Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan perisian kursus yang mengandungi
peta konsep. Kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan perisian kursus yang
tidak mengandungi peta konsep. Pengajaran telah dilaksanakan bagi lima sesi pengajaran.
Ujian ANCOVA digunakan untuk menentukan kesan signifkan ujian pos. Skor min
kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada skor min kumpulan kawalan. Ujian-t sampel
berpasangan digunakan untuk analisis data bagi soalan kajian kedua. Skor min bagi
peta konsep ujian pos lebih tinggi daripada skor min peta konsep ujian pra. Kajian ini
mencadangkan bahawa perisian kursus yang mengandungi peta konsep adalah berkesan
untuk pengajaran tajuk ini.
Actions (login required)
|
View Item |