Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan (The Relationship Between Attitude, Anxiety And Habit Of Learning With Additional Mathematics Achievement)

Veloo*, Arsaythamby and Muhammad, Shamsuddin (2011) Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan (The Relationship Between Attitude, Anxiety And Habit Of Learning With Additional Mathematics Achievement). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 26 (1). pp. 1-18. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (240kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian dalam matematik tambahan. Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang boleh menjadi peramal terbaik bagi pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan. Responden kajian terdiri daripada 251 pelajar tingkatan empat aliran teknikal yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat di Sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Orientasi pembelajaran matematik (OPM) yang terdiri daripada sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik yang mengandungi 51 item. Bagi ujian kesignifkan, penyelidik menggunakan ujian korelasi Pearson dan regresi dengan bantuan perisian SPSS versi 16. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan positif yang signifkan manakala kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan negatif yang signifkan terhadap pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang sederhana manakala sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan hubungan kebimbangan pembelajaran matematik merupakan peramal utama dengan pencapaian matematik tambahan berbanding dengan sikap dan tabiat pembelajaran matematik. Namun, sikap dan tabiat pembelajaran matematik masih merupakan peramal kepada pencapaian matematik tambahan walaupun dalam peratusan yang kecil. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan betapa pentingnya atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif bagi meningkatkan pencapaian matematik tambahan. Oleh itu, mengetahui atribut afektif terutamanya sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar adalah penting dan perlu diberi penekanan untuk mengatasi kelemahan dalam matematik tambahan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 25 May 2017 05:27
Last Modified: 25 May 2017 05:27
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34591

Actions (login required)

View Item View Item
Share