Veloo*, Arsaythamby and Muhammad, Shamsuddin
(2011)
Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat
Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik
Tambahan
(The Relationship Between Attitude, Anxiety And
Habit Of Learning With Additional Mathematics
Achievement).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 26 (1).
pp. 1-18.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, kebimbangan
dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian dalam matematik tambahan.
Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang boleh
menjadi peramal terbaik bagi pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan.
Responden kajian terdiri daripada 251 pelajar tingkatan empat aliran teknikal yang dipilih
secara persampelan rawak berperingkat di Sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan.
Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Orientasi pembelajaran
matematik (OPM) yang terdiri daripada sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran
matematik yang mengandungi 51 item. Bagi ujian kesignifkan, penyelidik menggunakan
ujian korelasi Pearson dan regresi dengan bantuan perisian SPSS versi 16. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai
hubungan positif yang signifkan manakala kebimbangan pembelajaran matematik
mempunyai hubungan negatif yang signifkan terhadap pencapaian matematik tambahan.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai
hubungan yang sederhana manakala sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai
hubungan yang lemah dengan pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga
menunjukkan hubungan kebimbangan pembelajaran matematik merupakan peramal
utama dengan pencapaian matematik tambahan berbanding dengan sikap dan tabiat
pembelajaran matematik. Namun, sikap dan tabiat pembelajaran matematik masih
merupakan peramal kepada pencapaian matematik tambahan walaupun dalam peratusan
yang kecil. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan betapa pentingnya atribut afektif
pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif bagi meningkatkan pencapaian matematik
tambahan. Oleh itu, mengetahui atribut afektif terutamanya sikap, kebimbangan dan
tabiat pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar adalah penting dan
perlu diberi penekanan untuk mengatasi kelemahan dalam matematik tambahan sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Actions (login required)
|
View Item |