Pola Penyelidikan Ict Dalam Pendidikan Guru Di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia (Trends Of Ict Research In Teacher Education: An Analysis Of The Malaysian Instructional Technology Proceedings)

Umar*, Irfan Naufal and Jamiat, Nurullizam (2011) Pola Penyelidikan Ict Dalam Pendidikan Guru Di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia (Trends Of Ict Research In Teacher Education: An Analysis Of The Malaysian Instructional Technology Proceedings). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 26 (1). pp. 1-14. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (300kB) | Preview

Abstract

Perkembangan pesat ICT (Information and Communication Technology) memberi kesan kepada hampir semua aspek kehidupan termasuklah pendidikan. Sistem pendidikan guru di negara kita turut dipengaruhi ICT, khususnya berkaitan aplikasi ICT dalam latihan pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan terdapat banyak kajian terkini yang melibatkan ICT dalam pendidikan guru, kertas kerja ini akan membincangkan pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru di Malaysia. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk mengkaji artikel-artikel berkaitan penyelidikan ICT dalam pendidikan guru yang diterbitkan dalam dua prosiding konvensyen utama teknologi pendidikan di Malaysia iaitu 1st International Malaysian Educational Technology Convention 2007 dan 2nd International Malaysian Educational Technology Convention 2008. Sebanyak 27 artikel berkaitan pendidikan guru telah dikenal pasti dan dianalisis. Corak penyelidikan diperhatikan dengan mengkategorikan konsep-konsep yang muncul dalam setiap artikel kepada 18 kluster. Didapati bahawa pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru banyak memfokuskan kepada sistem penyampaian, persekitaran pembelajaran serta hasil pembelajaran. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak yang berkenaan dalam latihan perguruan di Malaysia.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 25 May 2017 05:24
Last Modified: 25 May 2017 05:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34590

Actions (login required)

View Item View Item
Share