Penilaian Guru Sekolah Rendah Terhadap Peranan Guru Besar Sekolah Sebagai Pemimpin Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)(Teachers Perception Towards Head Teachers’ Role As An ICT Leader In Primary Schools)

Tahir, Lokman Mohd and Rahman, Mohd Anuar Abd and Yassin, M. Al-Muzammil and Phoon, Ai Ling (2010) Penilaian Guru Sekolah Rendah Terhadap Peranan Guru Besar Sekolah Sebagai Pemimpin Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)(Teachers Perception Towards Head Teachers’ Role As An ICT Leader In Primary Schools). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 25 (1). pp. 1-20. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (127kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tentang peranan guru besar sebagai pemimpin ICT di sekolah rendah. Sampel kajian adalah seramai 238 orang guru yang mengajar di sekolah rendah dan soal selidik telah digunakan sebagai instrumen utama kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mengenalpasti peranan guru besar dalam menyediakan infrastruktur ICT yang lengkap di sekolah; peranan guru besar dalam menggalakkan guru-guru menggunakan ICT di sekolah; peranan guru besar dalam mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengurusan sekolah; peranan guru besar dalam mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil kajian menunjukkan bahawa peranan guru besar dalam pelaksanaan ICT di sekolah rendah adalah pada tahap yang sederhana iaitu nilai skor min 3.59. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek jantina, umur, dan pengalaman mengajar guru dalam penilaian peranan guru besar sebagai pemimpin ICT di sekolah. Bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek kelulusan akademik guru dalam penilaian peranan guru besar melaksanakan ICT di sekolah. Sebagai penutup bicara, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk mempelbagaikan lagi peranan guru besar sebagai pemimpin dan pemangkin ICT di sekolah.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 25 May 2017 05:09
Last Modified: 07 Feb 2018 07:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34588

Actions (login required)

View Item View Item
Share