Hubungan Di Antara Orientasi Pembelajaran Matematik (Opm) Dengan Pencapaian Matematik (The Relationship Between Study Orientation In Mathematics (Som) And Mathematic Achievement)

Veloo, Arsaythamby (2010) Hubungan Di Antara Orientasi Pembelajaran Matematik (Opm) Dengan Pencapaian Matematik (The Relationship Between Study Orientation In Mathematics (Som) And Mathematic Achievement). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 25 (1). pp. 1-19. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (114kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) dengan pencapaian matematik. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah OPM yang merupakan peramal terbaik bagi pencapaian matematik. Responden kajian terdiri daripada 674 pelajar tingkatan empat yang dipilih secara persampelan rawak berstrata berperingkat di 16 buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Kedah. Ujian aneka pilihan matematik mengandungi 40 item yang terdiri daripada lima item (12.50%) bagi bidang Nombor, sembilan item (22.50%) bidang Bentuk dan 26 item (65%) bidang Perkaitan. Manakala soal selidik OPM terdiri daripada lima pemboleh ubah iaitu sikap pembelajaran, kebimbangan, tabiat pembelajaran, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik yang mengandungi 72 item. Bagi ujian kesignifikan, ujian korelasi dan regresi berganda digunakan. Dapatan kajian menunjukkan sikap, tabiat, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang positif manakala kebimbangan matematik mempunyai hubungan yang negatif dengan pencapaian matematik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa sikap dalam mempelajari Matematik merupakan peramal terbaik bagi pencapaian matematik. Model ARoS dicadangkan bagi menekan betapa pentingnya pendidik menilai atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif pelajar yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar. Oleh itu alat ukur OPM dapat digunakan oleh guru, kaunselor dan pengetua untuk menilai atribut afektif pelajar dalam mengenal pasti kebolehan kognitif pelajar dalam pembelajaran matematik.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 25 May 2017 04:48
Last Modified: 25 May 2017 04:48
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34581

Actions (login required)

View Item View Item
Share