Veloo, Arsaythamby
(2010)
Hubungan Di Antara Orientasi Pembelajaran
Matematik (Opm) Dengan Pencapaian Matematik
(The Relationship Between Study Orientation In
Mathematics (Som) And Mathematic Achievement).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 25 (1).
pp. 1-19.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Orientasi
Pembelajaran Matematik (OPM) dengan pencapaian matematik. Di samping itu kajian ini
juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah OPM yang merupakan peramal
terbaik bagi pencapaian matematik. Responden kajian terdiri daripada 674 pelajar
tingkatan empat yang dipilih secara persampelan rawak berstrata berperingkat di 16 buah
sekolah menengah kebangsaan di negeri Kedah. Ujian aneka pilihan matematik
mengandungi 40 item yang terdiri daripada lima item (12.50%) bagi bidang Nombor,
sembilan item (22.50%) bidang Bentuk dan 26 item (65%) bidang Perkaitan. Manakala
soal selidik OPM terdiri daripada lima pemboleh ubah iaitu sikap pembelajaran,
kebimbangan, tabiat pembelajaran, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran
pembelajaran matematik yang mengandungi 72 item. Bagi ujian kesignifikan, ujian
korelasi dan regresi berganda digunakan. Dapatan kajian menunjukkan sikap, tabiat,
tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik mempunyai
hubungan yang positif manakala kebimbangan matematik mempunyai hubungan yang
negatif dengan pencapaian matematik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa
sikap dalam mempelajari Matematik merupakan peramal terbaik bagi pencapaian
matematik. Model ARoS dicadangkan bagi menekan betapa pentingnya pendidik menilai
atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif pelajar yang secara tidak
langsung dapat meningkatkan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar. Oleh itu
alat ukur OPM dapat digunakan oleh guru, kaunselor dan pengetua untuk menilai atribut
afektif pelajar dalam mengenal pasti kebolehan kognitif pelajar dalam pembelajaran
matematik.
Actions (login required)
|
View Item |