Kemahiran Komunikasi Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia (Communication Skills Among Training Teachers Of Universiti Sains Malaysia)

Ahmad, Nor Shafrin and Amzah, Fadzilah and Aman, Rahimi Che (2009) Kemahiran Komunikasi Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia (Communication Skills Among Training Teachers Of Universiti Sains Malaysia). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 24 (1). pp. 1-18. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (69kB) | Preview

Abstract

Komunikasi yang berkesan amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek lisan yang melibatkan perkataan serta komunikasi bukan lisan perlu diberikan penekanan oleh setiap guru. Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek komunikasi lisan dan bukan lisan dalam kalangan guru pelatih, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengikuti program Latihan Mengajar. Aspek komunikasi lisan yang dikaji merangkumi intonasi suara, kejelasan sebutan dan kelancaran guru dalam menyampaikan pengajaran. Aspek komunikasi bukan lisan yang dikaji pula merangkumi ekspresi muka, kontak mata dan sentuhan. Kaedah kualitatif yang melibatkan pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen digunakan dalam memperoleh maklumat kajian. Seramai 12 orang guru pelatih dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Dapatan diperoleh melalui analisis kandungan. Keputusan menunjukkan terdapat guru pelatih yang masih mengalami kesukaran menjelaskan sesuatu sebutan dengan betul. Kelancaran dalam menyampaikan pengajaran juga terbatas dengan penggunaan buku teks serta intonasi suara yang senada dan tidak menarik. Manakala bagi aspek bukan lisan, guru didapati tidak dapat menunjukkan ekspresi muka yang bersungguh-sungguh semasa menyampaikan isi penting atau semasa menggambarkan sesuatu situasi. Majoriti menunjukkan kontak mata yang baik walaupun masih memberi tumpuan utama kepada murid yang hanya di bahagian hadapan kelas. Didapati hanya seorang guru pelatih membuat sentuhan kepada murid sebagai penghargaan atau memberi galakan dan sokongan.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 23 May 2017 08:38
Last Modified: 16 Apr 2020 05:03
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34540

Actions (login required)

View Item View Item
Share