Perbezaan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik (Pca) Berdasarkan Gender (The Diffrences Between Extrovert And Introvert Personality Among Academically Talented Student Based On Gender)

Ghani, Mohd Zuri and Che Aman, Rahimi and Nik Yaacob, Nik Rosila and Che Ahmad, Aznan (2008) Perbezaan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik (Pca) Berdasarkan Gender (The Diffrences Between Extrovert And Introvert Personality Among Academically Talented Student Based On Gender). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 23 (1). pp. 1-12. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (80Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan mengkaji personaliti ekstrovert dan introvert dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik (PCA). Personaliti ekstrovert dan introvert telah dibahagikan kepada tiga trait iaitu trait aktiviti, trait bersosial dan trait mengambil risiko. Perbandingan personaliti berdasarkan jantina dibuat bagi melihat perbezaan jenis personaliti ini dalam kalangan pelajar PCA yang berlainan jantina. Sampel-sampel dipilih secara purposif di Sekolah Harian Biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Sains Mara (MRSM). Seramai 177 sampel dipilih yang terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang yang memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada peringkat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Instrumen Eysenck Personaliti Questionaires (EPQ) telah digunakan bagi tujuan kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriftif dan inferensi. Kajian ini mendapati bahawa sukar untuk mengklasifikasikan sama ada PCA merupakan pelajar yang berpersonaliti ekstrovert atau sebaliknya. Hal ini berlaku kerana setiap pelajar adalah unik.

    Item Type: Article
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 23 May 2017 15:49
    Last Modified: 23 May 2017 15:49
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34500

    Actions (login required)

    View Item
    Share