Kesan Pemindahan Pengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Ke Atas Amalan Komunikasi Dalam Sistem Mentoring Di Institusi Pengajian Tinggi Awam

Ismail, Azman and Hasbullah, Kamsiah and Abu Bakar, Rizal and Othman, Mohamad Hashim (2007) Kesan Pemindahan Pengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Ke Atas Amalan Komunikasi Dalam Sistem Mentoring Di Institusi Pengajian Tinggi Awam. The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 22 (1). pp. 1-28. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (166Kb) | Preview

    Abstract

    Literatur program mentoring menerangkan bahawa amalan komunikasi antara mentor dan mentee yang dilakukan secara aktif, terancang dan jujur boleh membentuk sikap dan tingkah laku individu yang positif. Kesan amalan komunikasi antara mentor dan mentee ke atas sikap dan tingkah laku individu (kepimpinan diri dan prestasi pengajian) adalah tidak jelas sekiranya pemindahan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan berlaku dalam program mentoring. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara variabel pemindahan pengetahuan, kemahiran, kebolehan dengan amalan komunikasi antara mentor-mentee ke atas kepimpinan diri dan prestasi pengajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 100 orang pelajar yang mengikuti program sarjana muda dalam semester tiga sesi 2004/2005 terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian telah dibentuk sendiri oleh pengkaji dengan menggunakan beberapa item yang telah diubah suai daripada literatur program mentoring yang sedia ada. Nilai Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini ialah 0.95 bagi variabel amalan komunikasi dan pemindahan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan, 0.91 bagi variabel kepimpinan diri dan 0.96 bagi variabel prestasi pengajian. Hipotesis kajian diuji dengan menggunakan analisis regresi berganda hierarki moderasi. Hasil daripada analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan antara variabel komunikasi, pemindahan pengetahuan dan kemahiran dan kebolehan dengan kepimpinan (β= -.64, p = 0.02) dan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan komunikasi mentor-mentee dengan prestasi pengajian (β =.24, p =.20)

    Item Type: Article
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 19 May 2017 16:12
    Last Modified: 19 May 2017 16:12
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34381

    Actions (login required)

    View Item
    Share