Ahmad, Nor Shafrin
(2007)
Mengenal Pasti Indikator Tingkah Laku
Mangsa Penderaan Seksual.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 22 (1).
pp. 1-19.
ISSN 2289-9057
Abstract
Terdapat dua tujuan utama kajian ini. Pertama ialah untuk mengenal pasti tahap
kemurungan mangsa penderaan seksual dan kedua untuk mengenal pasti indikator
tingkah laku mangsa penderaan seksual. Subjek kajian terdiri daripada tujuh orang
mangsa penderaan seksual di kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Pengumpulan
maklumat dilakukan melalui soal selidik dan temu bual separa berstruktur. Inventori
Kemurungan Beck digunakan bagi mengukur tahap kemurungan mangsa. Dapatan kajian
menunjukkan kesemua mangsa mengalami kemurungan pada tahap kritikal. Pelbagai
indikator tingkah laku ditunjukkan oleh mangsa, contohnya sangat tertekan, mudah
meradang, ponteng sekolah, sukar memberi tumpuan dalam pelajaran, merosot dalam
pelajaran, gangguan tidur, gangguan pemakanan serta cubaan membunuh diri
Actions (login required)
|
View Item |