Keadilan Organisasi, Kepercayaan Dan Altruisme

Abdullah, Abdul Ghani Kanesan and Tang , Keow Ngang and Ismail, Aziah (2007) Keadilan Organisasi, Kepercayaan Dan Altruisme. The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 22 (1). pp. 1-18. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (128kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan amalan organisasi (keadilan dan kepercayaan) dalam meningkatkan tingkah laku proaktif guru (altruisme). Seramai 116 orang penolong kanan pentadbiran dari sekolah menengah kebangsaan harian telah dipilih secara rawak daripada negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Data kajian pula diperoleh dengan menggunakan satu set soal selidik daripada responden yang terdiri daripada tiga bahagian. Soal selidik terjemahan daripada Moorman (2001) digunakan bagi mengenal pasti keadilan organisasi. Manakala bagi mengukur kepercayaan guru terhadap pengetua dan organisasi pula, soal selidik terjemahan Scott (1981) digunakan. Seterusnya skala 8 item terjemahan Smith, Organ dan Near (1983) digunakan untuk mengukur altruisme guru. Kesemua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan unit analisis individu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan langsung keadilan organisasi terhadap kepercayaan guru terhadap organisasi dan kepercayaan guru terhadap pengetua. Malah keadilan organisasi juga muncul sebagai peramal yang signifikan terhadap altruisme guru. Dapatan kajian ini juga turut membuktikan bahawa kedua-dua variabel kepercayaan mampu bertindak sebagai pengantara yang signifikan dalam hubungan untuk meningkatkan keadilan organisasi dan altruisme guru.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 19 May 2017 02:58
Last Modified: 19 May 2017 02:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34337

Actions (login required)

View Item View Item
Share