Abdullah, Abdul Ghani Kanesan and Tang , Keow Ngang and Ismail, Aziah
(2007)
Keadilan Organisasi, Kepercayaan Dan Altruisme.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 22 (1).
pp. 1-18.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan amalan organisasi
(keadilan dan kepercayaan) dalam meningkatkan tingkah laku proaktif guru (altruisme).
Seramai 116 orang penolong kanan pentadbiran dari sekolah menengah kebangsaan
harian telah dipilih secara rawak daripada negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia
(Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Data kajian pula diperoleh dengan
menggunakan satu set soal selidik daripada responden yang terdiri daripada tiga
bahagian. Soal selidik terjemahan daripada Moorman (2001) digunakan bagi mengenal
pasti keadilan organisasi. Manakala bagi mengukur kepercayaan guru terhadap pengetua
dan organisasi pula, soal selidik terjemahan Scott (1981) digunakan. Seterusnya skala
8 item terjemahan Smith, Organ dan Near (1983) digunakan untuk mengukur altruisme
guru. Kesemua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan unit analisis
individu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan langsung keadilan
organisasi terhadap kepercayaan guru terhadap organisasi dan kepercayaan guru terhadap
pengetua. Malah keadilan organisasi juga muncul sebagai peramal yang signifikan
terhadap altruisme guru. Dapatan kajian ini juga turut membuktikan bahawa kedua-dua
variabel kepercayaan mampu bertindak sebagai pengantara yang signifikan dalam
hubungan untuk meningkatkan keadilan organisasi dan altruisme guru.
Actions (login required)
|
View Item |