Abdullah, Siti Hawa and Hassan, Aini
(2007)
Empati Sejarah Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Sejarah.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 22 (1).
pp. 1-14.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kepentingan empati sejarah sebagai salah satu unsur penting dalam pengajaran
dan pembelajaran sejarah termaktub dalam dokumen kurikulum Sejarah yang digunakan
di Malaysia. Artikel ini bertujuan menjelaskan maksud empati sejarah dan seterusnya
membincangkan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Perbincangan akan dimulakan dengan definisi dan etimologi istilah empati dan seterusnya
empati sejarah, termasuk kontroversi yang timbul tentangnya. Seterusnya, kedudukan
empati sejarah dalam kurikulum Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
dihuraikan. Bahagian yang seterusnya akan menghuraikan pula kepentingan empati
sejarah, ciri-ciri empati sejarah, dan langkah-langkah menggalakkan empati sejarah dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Actions (login required)
|
View Item |