Perbandingan Kebolehan Menyelesaikan Masalah Matematik Antara Murid Yang Belajar Abakusaritmetik Mental Dengan Murid Yang Tidak Belajar Abakus-Aritmetik Mental

Cheah, Bee Lean and Ong , Saw Lan (2006) Perbandingan Kebolehan Menyelesaikan Masalah Matematik Antara Murid Yang Belajar Abakusaritmetik Mental Dengan Murid Yang Tidak Belajar Abakus-Aritmetik Mental. The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 21 (1). pp. 1-16. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (126Kb) | Preview

    Abstract

    Objektif utama kajian ini ialah untuk membandingkan kebolehan menyelesaikan masalah matematik antara murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental dengan murid yang tidak mempelajari abakus-aritmetik mental. Kajian ini melibatkan 69 orang murid Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang. Instrumen yang digunakan ialah ujian matematik tahun satu dan ujian aritmetik mental. Statistik analisis, iaitu ujian-t digunakan untuk membandingkan kebolehan menyelesaikan masalah matematik antara murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental dengan murid yang tidak mempelajari abakus-aritmetik mental. Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara pencapaian murid dalam aritmetik mental dengan kebolehan menyelesaikan masalah matematik. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) dalam pencapaian matematik item bersimbol dan pencapaian aritmetik mental antara murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental dengan murid yang tidak mempelajari abakus-aritmetik mental. Min skor bagi kumpulan yang mempelajari abakus-aritmetik mental lebih tinggi berbanding min skor bagi kumpulan yang tidak mempelajari abakus-aritmetik mental. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) dalam pencapaian matematik masalah berayat antara murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental dengan murid yang tidak mempelajari abakusaritmetik mental.

    Item Type: Article
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 19 May 2017 10:30
    Last Modified: 19 May 2017 10:30
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34328

    Actions (login required)

    View Item
    Share