Kajian Korelasi Emosi Malu Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Mahasiswa Melayu

Mohamed, Abdul Rashid and Hamzah, Mohamad Daud (2005) Kajian Korelasi Emosi Malu Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Mahasiswa Melayu. The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 20 (1). pp. 1-15. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (191kB) | Preview

Abstract

Artikel ini melaporkan tentang pembinaan soal selidik 46 item berkenaan malu dan kajian yang dijalankan untuk menentukan tahap perhubungan malu dan pencapaian akademik di kalangan mahasiswa Melayu. Sejumlah 140 pelajar (63 lelaki dan 77 perempuan) yang berumur antara 20 hingga 36 tahun telah diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Daripada jumlah itu, 56 orang adalah pelajar tahun kedua, 79 orang pelajar tahun ketiga dan 5 orang pelajar tahun keempat. Seramai 43 orang adalah pelajar sains dan 97 orang pelajar sastera. Pelajar-pelajar ini datangnya daripada berbagai-bagai latar belakang seperti Sastera, Pengajian Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Perniagaan, Matematik, Biologi dan Kimia. Dapatan kajian menunjukkan soal selidik yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan koefisien Cronbach Alpha 0.9. Lima faktor berkenaan malu telah diperoleh. Ia diistilahkan sebagai: (a) kesekatlakuan wibawa, (b) kesekatlakuan sosial, (c) persepsi sinis, (d) pengelakan sosial dan (e) kebimbangan komunikasi-interaktif. Malu mempunyai korelasi negatif yang rendah (–0.23) dengan keputusan purata nilai gred (PNG) semester yang sebelumnya dan korelasi negatif yang sama (0.22) dengan purata nilai gred keseluruhan (PNGK). Terdapat korelasi negatif yang rendah antara Kesekatlakuan Wibawa dengan PNG (–0.27). Keduadua Kesekatlakuan Sosial dan Kebimbangan Komunikasi-Interaktif mempunyai korelasi yang lebih rendah dengan PNG (SI = –0.21; Ic-A = –0.14) dan PNGK (SI = –0.17; Ic-A = –0.12). Tidak terdapat korelasi antara Persepsi Sinis dan Pengelakan Sosial dengan PNG (PS = –0.01; PSs = 0.09) dan PNGK (CP = –0.06; SE = 0.09). Secara keseluruhannya arah korelasi antara malu dengan pencapaian akademik adalah negatif. Walau bagaimanapun, trend aspek Pengelakan Sosial adalah positif. Ini menunjukkan walaupun malu mempunyai hubungan negatif dengan pencapaian akademik, pelajar yang pemalu boleh meningkatkan pencapaian akademik mereka jika dapat menggunakan strategi yang sesuai dengan naluri Pengelakan Sosial seperti berkomunikasi dengan pensyarah, rakan kursus melalui e-mel dan melayari laman web untuk mendapatkan sumber maklumat kursus tambahan secara peribadi.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 19 May 2017 02:12
Last Modified: 19 May 2017 02:12
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34322

Actions (login required)

View Item View Item
Share