T. Ramayah, T. Ramayah and Ignatius, Joshua and Aafaqi, Bushra
(2005)
Pc Usage Among Students In A Private Institution
Of Higher Learning: The Moderating
Role Of Prior Experience.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 20 (1).
pp. 1-22.
ISSN 2289-9057
Abstract
Selaras dengan Wawasan 2020 dan dasar teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) negara, kajian ini percaya tentang perlunya Malaysia memberi tumpuan kepada
penerimaan terhadap komputer peribadi (PC) di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS),
terutama apabila trend terkini dan masa depan jelas menunjukkan pertambahan
kemasukan bilangan pelajar ke institusi berkenaan. Kajian ini meninjau tentang
penggunaan PC di kalangan pelajar-pelajar IPTS yang bekerjasama dengan sebuah
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di bawah skim francais. Soal selidik berstruktur
telah digunakan untuk mengutip data daripada pelajar-pelajar yang terlibat secara
langsung dalam skim pengajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tanggapan
tentang mudah atau sukar menggunakan PC (PEU) mempengaruhi tanggapan terhadap
kebergunaan PC (PU), dan secara lebih signifikan apabila pelajar terlibat dalam tugastugas asas; tetapi kesan sebaliknya berlaku bagi tugas-tugas yang lebih sukar. Tambahan
pula, PU menjadi pengantara sepenuhnya bagi kesan PEU ke atas penggunaan PC bagi
tugas-tugas asas sahaja. Didapati juga pengalaman lepas pelajar menjadi pengantara
hubung kait antara PEU – penggunaan PC hanya bagi tugas-tugas mudah sahaja. Oleh itu,
kajian lanjutan dan implikasi pengurusan bagi pembuat dasar ICT negara dibincangkan
dalam kertas kerja ini.
Abstract: In line with the vision 2020 and information technology and communicat
Actions (login required)
|
View Item |