Foo , Say Fooi and Tang , Keow Ngang
(2005)
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pengurusan Kolaborat.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 20 (1).
pp. 1-15.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara tahap kecenderungan
penggunaan sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, budaya kerja
guru, tahap kebolehan guru, struktur organisasi dan faktor demografi pengetua dengan
pengurusan kolaboratif di sekolah menengah di Wilayah Persekutuan. Penganalisisan
data menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara tahap
kecenderungan penggunaan sumber kuasa rujukan (r = 0.67), tahap kecenderungan
penggunaan sumber kuasa ganjaran (r = 0.48), tahap kecenderungan penggunaan sumber
kuasa pakar (r = 0.65), tahap kecenderungan penggunaan sumber kuasa paksaan
(r = 0.13), tahap kecenderungan penggunaan kuasa sah (r = 0.51), gaya komunikasi
penyeliaan pengetua (r = 0.59), pengamalan budaya kerja (r = 0.53), tahap kebolehan
guru (r = 0 .39), struktur organisasi (r = 0.60) dengan tahap pengurusan kolaboratif pada
paras α = 0.05. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan negatif yang
signifikan antara faktor umur pengetua (r = –0.16) dan faktor kelulusan akademik
pengetua (rs = –0.11) dengan tahap pengurusan kolaboratif.
Actions (login required)
|
View Item |