Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah

Nair, Subadrah and Muthiah, Malar (2005) Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah. The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 20 (1). pp. 1-22. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (237kB) | Preview

Abstract

Artikel ini berasaskan satu kajian kuasi eksperimen yang dijalankan ke atas pelajar Tingkatan Empat dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Model ini mempunyai lima fasa, iaitu: orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Sampel kajian dipilih daripada dua buah sekolah (sekolah A dan B) dan kebolehan sampel adalah setara dari segi pencapaian akademik. Pelajar daripada sekolah A ialah Kumpulan Eksperimen dan telah diajar secara terancang selama enam minggu dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dan pelajar daripada sekolah B pula ialah Kumpulan Kawalan yang diajar dengan menggunakan pendekatan tradisional. Antara dapatan kajian yang menarik ialah pengajaran dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dapat meningkatkan pencapaian subjek secara signifikan dalam mata pelajaran Sejarah berbanding pencapaian subjek Kumpulan Kawalan. Selain itu, didapati minat subjek Kumpulan Eksperimen terhadap mata pelajaran Sejarah turut meningkat secara signifikan setelah diajar dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987).

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 17 May 2017 02:20
Last Modified: 17 May 2017 02:20
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34231

Actions (login required)

View Item View Item
Share