Nair, Subadrah and Muthiah, Malar
(2005)
Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham Dalam Pembelajaran Sejarah.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 20 (1).
pp. 1-22.
ISSN 2289-9057
Abstract
Artikel ini berasaskan satu kajian kuasi eksperimen yang dijalankan ke atas
pelajar Tingkatan Empat dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham (1987) dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Model ini mempunyai lima
fasa, iaitu: orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan
refleksi. Sampel kajian dipilih daripada dua buah sekolah (sekolah A dan B) dan
kebolehan sampel adalah setara dari segi pencapaian akademik. Pelajar daripada sekolah
A ialah Kumpulan Eksperimen dan telah diajar secara terancang selama enam minggu
dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dan pelajar
daripada sekolah B pula ialah Kumpulan Kawalan yang diajar dengan menggunakan
pendekatan tradisional. Antara dapatan kajian yang menarik ialah pengajaran dengan
menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dapat meningkatkan
pencapaian subjek secara signifikan dalam mata pelajaran Sejarah berbanding pencapaian
subjek Kumpulan Kawalan. Selain itu, didapati minat subjek Kumpulan Eksperimen
terhadap mata pelajaran Sejarah turut meningkat secara signifikan setelah diajar dengan
menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987).
Actions (login required)
|
View Item |