Muda, Wan Abdul Manan
(1985)
The Study of Literacy in Relation to
Socioeconomic and Nutritional Improvement in a
Rural Community.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 7 (1).
pp. 1-14.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini dijalankan ke atas dua buah kampung di Ulu Trengganu untuk menilai taraf kenal
huruf dan perkaitannya dengan taraf sosioekonomi penduduk. Komuniti yang dikaji adalah
kampung-kampung yang penduduknya terdiri dari orang-orang Melayu dan aktiviti ekonomi mereka
bersumberkan pertanian. Sampel yang dipilih adalah sebanyak 107 (40 lelaki, 67 wanita) dan terdiri
daripada ketua keluarga atau isteri mereka. Hasil penelitian mendapati lebih daripada 50% responden
mengalami buta huruf (markah 20) dan wanita lebih tinggi peratusnya daripada lelaki. Keputusan
juga memaparkan bahawa umur boleh menentukan taraf kenal huruf tanpa mengira jantina, umur
yang muda bakal menentukan markah kenal huruf yhang tinggi. Juga didapati bahawa pendapatan
dan kenai huruf adalah berkaitan rapat. Penelitian ini juga mendapati bahawa menghadiri pendidikan formal semasa muda tidak semestinya menjamin seseorang itu untuk kenal huruf dikemudian
hari. Terdapat perbezaan sebanyak 14% di antara mereka yang pernah bersekoiah dan mereka yang
kenal huruf semasa kajian dijalankan. Perkaitan-perkaitan yang bermakna wujud di antara kenal
huruf dan saiz keiuarga, kenal huruf dan jumlah perbelanjaan untuk makanan dan juga perkaitan
negatif di antara kenal huruf dan pendapatan yang dibelanjakan untuk makanan.
Actions (login required)
|
View Item |