CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2017) Lawatan Kembara Ilmu Murid Tahun 6, Sek.Keb. Sungai Seluang, Lunas, Kedah Tahun 2017. Berita@Cetree.
|
PDF
Download (3MB) | Preview |
Abstract
GELUGOR, 17 Mac 2017Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang, Lunas Kedah telah menjalankan lawatan kembara ilmu murid tahun 6 ke Pulau Pinang yang melibatkan tiga orang guru pengiring dan 42 orang murid tahun enam sekolah tersebut. Satu daripada tentatif program lawatan ke Universiti Sains Malaysia adalah dengan mengadakan lawatan ke CETREE. Puan Wan Nur Haslina Wan Mazuki, Guru Sains Sek. Keb. Sungai Seluang selaku guru pengiring lawatan ketika ditemu bual berkata “lawatan sambil belajar ini bertujuan memberi pendedahan kepada muridmurid tentang CETREE dan memberi sedikit pengetahuan serta pengalaman kepada muridmurid tentang suasana kampus di USM”. Unit Pameran Bergerak CETREE | Lawatan SK Sungai Seluang Balqis Abdul Rahman, murid tahun enam Sek. Keb. Sungai Seluang ketika ditemu bual berkata “melalui lawatan sambil belajar ke CETREE pelbagai ilmu mengenai alam sekitar, Teknologi Hijau dan Kecekapan Tenaga telah dapat dipelajari dan difahami”. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa lawatan tersebut iaitu, taklimat berkaitan CETREE oleh Profesor Madya Dr. Hashimah Mohd Yunus, Timbalan Pengarah CETREE dan diakhiri dengan lawatan ke Unit Pameran Bergerak CETREE.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education |
Divisions: | Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 12 Apr 2017 02:52 |
Last Modified: | 15 May 2017 01:51 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/33138 |
Actions (login required)
View Item |