CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
(2012)
Aktiviti Kesedaran Kecekapan Tenaga Dan Audit Tenaga.
Berita@Cetree.
Abstract
Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga DiPerbaharui (TD) dan Kecekapan Tenaga (KT) CETREE, Universiti
Sains Malaysia berperanan untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciri-ciri sosial
komuniti yang positif berkenaan Kecekapan Tenaga. Ciri-ciri sosial yang positif akan memupuk sesuatu komuniti
mengaplikasikan amalan Kecekapan Tenaga dalam kehidupan seharian.
Isu Kecekapan Tenaga adalah sangat penting bagi membantu kerajaan dalam usaha bagi mendidik komuniti tersebut
menggunakan sumber tenaga seminima yang mungkin. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menjimatkan
penggunaan bahan api (minyak,gas dan arang batu) yang semakin susut bekalannya di Malaysia. Malahan pula,bagi
mewujudkan satu mekanisma pemindahan ilmu dan komunikasi yang strategik, maka tumpuan yang disasarkan ialah
pelajar dan kakitangan Institut pendidikan Guru Wilayah Utara untuk memahami dan memberi sokongan terhadap
perancangan negara, program-program pendidikan, latihan dan kesedaran tentang Kecekapan Tenaga adalah amat
diperlukan.
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk menyemai tabiat menggunakan tenaga secara bijaksana dan
berkesan. Program-program yang akan dilaksanakan di tiga buah Institut Pendidikan Guru iaitu Kampus Perlis, Kampus
Darulaman dan Kampus Temenggong Ibrahim selama 1 tahun secara berperingkat-peringkat. Objektif Utama program
ini adalah untuk menyemai amalan baik tentang penggunaan tenaga dengan cekap di kalangan guru dan kakitangan
Institut Pendidikan Guru Wilayah Utara.
Actions (login required)
|
View Item |